fbpx

Lelaki diselamatkan cuba terjun tingkat 11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan cubaan seorang lelaki terjun dari tingkat 11 di PPR Beringin.

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang cuba membunuh diri berjaya diselamatkan orang awam di Tingkat 11, Blok B, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang Utara di sini hari ini.

Difahamkan, lelaki warga tempatan berusia 25 tahun bertindak demikian kerana tekanan emosi akibat ketiadaan pekerjaan dan kesusahan hidup.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 11 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, mangsa diselamatkan oleh orang awam sebelum dibawa ke Balai Polis Jinjang di sini untuk tindakan lanjut.

“Siasatan mendapati mangsa yang berasal dari Ipoh bertindak sedemikian kerana tekanan emosi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil soal siasat mendapati mangsa menumpang di rumah rakannya di PPR tersebut.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482206.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki cuba membunuh diri dengan keluar dari tingkap, namun dihalang orang awam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI