fbpx

Jakim akan sediakan kertas kerja berkaitan penghinaan agama Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menyediakan kertas kerja berkenaan isu penghinaan kepada agama Islam susulan isu demi isu yang tercetus membabitkan agama Islam akhir-akhir ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, beliau sudah mengarahkan Jakim supaya segera menyiapkan kertas kerja itu sebelum dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.

“Semangat muhibbah yang kita telah bina puluhan tahun ini sudah pasti tidak mudah dirobohkan hanya kerana satu dua isu.

“Namun, isu yang dipandang remeh itulah kadangkala boleh mencetuskan api yang amat marak justeru, hal inilah yang memerlukan kebijaksanaan dalam mempertimbangkan isu dan permasalahan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, enam lelaki tempatan terdiri daripada lima penghantar makanan dan seorang pelanggan ditahan selepas terlibat dalam satu pergaduhan melibatkan sensitiviti keagamaan di Sungai Way, Petaling Jaya pada Jumaat lalu.

Kejadian dipercayai berlaku selepas seorang pelanggan telah menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti umat Islam iaitu Ardilas anak Allah Taala Tuhan Allah Taala ketika membuat pesanan kepada penghantar makanan yang beragama Islam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI