fbpx

Pelajar universiti enggan ambil vaksin tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar perempuan di salah sebuah universiti awam yang tidak dapat menduduki ujian klinikal kerana enggan mengambil vaksin mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial.

PETALING JAYA – Tindakan sebuah universiti awam yang didakwa tidak membenarkan seorang pelajarnya menduduki ujian akhir klinikal kerana masih belum menerima vaksin mendapat pelbagai reaksi netizen.

Perkara itu didedahkan oleh pelajar tersebut menerusi satu muat naik Facebook ‘Live’ yang memaparkan temu bual antara dirinya dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), ahli politik, Lokman Adam serta bapa kepada pelajar tersebut.

Menurut pelajar perempuan yang dikenali sebagai Nik Farah Ellisha, dia mengaku sebelum ini pernah memaklumkan kepada pihak universiti bahawa dia tidak mahu menerima vaksin.

Tetapi atas desakan pihak universiti, dia kemudian bersetuju mendapatkan vaksin jenama pilihannya sebelum memaklumkan kepada pihak universiti, pada April lalu.

“Pihak universiti memberitahu akan memberikan tarikh temujanji kepada saya, namun hingga pada hari peperiksaan saya masih tidak mendapat tarikh temujanji dan ketika hadir untuk menduduki peperiksaan penting itu, pihak universiti melarang dan meminta saya meninggalkan dewan.

“Saya dan rakan yang lain belajar bersungguh-sungguh namun saya dilarang untuk menduduki peperiksaan akhir hanya disebabkan saya enggan mengambil vaksin. Saya ada hak untuk kata ‘tidak’ pada vaksin, jadi kenapa pihak universiti tahan saya dari ambil ujian?,” katanya.

Kenyataan pelajar itu kemudian mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mempersoalkan tindakan pelajar tersebut yang menolak vaksin sedangkan dia merupakan pelajar perubatan.

“Pihak universiti sudah beri tawaran untuk pelajar klinikal dahulu walhal ada pelajar lain kena daftar dan pergi sendiri. Pihak universiti sudah buat banyak perkara, sekarang terserah kepada pelajar sahaja,” ciap pengguna Twitter @pseudo_tazia.

Seorang lagi netizen @akudansaham pula menyoal mengapa pelajar tersebut memilih kerjaya sebagai doktor sekiranya dia tidak percaya vaksin.

“Duh, tidak percaya vaksin, kenapa mahu jadi doktor? Ibarat belajar subjek Komputer Sains, tetapi tak mahu guna komputer kerana takut mata rosak dan belajar kejuruteraan tetapi tak mahu guna peralatan elektrik kerana takut terkena renjatan,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI