fbpx

Tapir jantan 300 kg mati dilanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tapir jantan ditemui mati dipercayai dilanggar di Jalan Bukit Aping-Kangkar Papan, Kota Tinggi, Johor malam semalam.

KOTA TINGGI – Seekor tapir jantan dewasa yang dianggarkan seberat 300 kilogram ditemui mati dipercayai dilanggar di Jalan Bukit Aping – Kangkar Papan di sini malam semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Salman Saaban berkata, pihaknya menerima laporan dari orang awam berkenaan penemuan bangkai itu di tepi jalan pada pukul 10.20 malam.

Katanya, siasatan dilakukan pasukan dari Pejabat Perhilitan Bandar Penawar mendapati haiwan itu dipercayai mati akibat dilanggar oleh sebuah kenderaan.

“Namun tiada penemuan kenderaan yang melanggar haiwan tersebut di lokasi kejadian. Kita juga telah mengambil ukuran asas morfologi dan bangkai tapir dibawa ke Pejabat Perhilitan Bandar Penawar untuk dilupuskan.

“Tapir ini dipercayai telah tersasar dari habitatnya di Hutan Simpan Seluyut mencari makan hingga melintasi jalan ke Felda Bukit Waha,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI