fbpx

Kepantasan LUAS elak LRA Sungai Semenyih henti tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tumpahan minyak yang dikesan akibat pemasalahan teknikal sistem tangki simpanan kilang minyak kelapa sawit mentah di Semenyih.

SHAH ALAM – Kepantasan Lembaga Urus Air Selangor ( LUAS ) menghalang tumpahan minyak dari sebuah kilang minyak sawit mentah berjaya mengelakkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, tumpahan minyak susulan disebabkan terdapat permasalahan teknikal pada sistem tangki simpanan kilang yang beroperasi di Semenyih itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata, siasatan dijalankan LUAS mendapati terdapat tompokan minyak yang dikesan pada kawasan aliran longkang keluar premis berkenaan.

Katanya, kod kuning berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor diaktifkan bagi mengelakkan LRA Sungai Semenyih henti tugas.

Jarak dari lokasi siasatan ke muka sauk LRA Sungai Semenyih adalah kira-kira 15.9 kilometer.

“Inisiatif pencegahan dipertingkatkan dengan meletakkan empat Activated Carbon (Serbuk Karbon Teraktif) di kawasan aliran air keluar dari kilang untuk mencegah sebarang pencemaran ke Sungai Rinching.

“Oil boom turut dipasang bagi meminimakan dan menghalang aliran sisa minyak dari terus memasuki Sungai Rinching dan seterusnya ke Sungai Semenyih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, tiada kesan bau minyak dikesan di dalam sumber air mentah selain kilang itu telah mengambil tindakan awal dengan menghentikan operasi dan membuat sekatan pada kawasan aliran bagi menghalang aliran sisa minyak tersebut.

Loy Sian menambah, kerja-kerja pembersihan dan penyedutan baki minyak yang bertakung di dalam aliran di kawasan premis telah dilakukan dan dijangka selesai dalam tempoh 24 jam.

“Berdasarkan pemantauan statik LUAS sehingga pukul 5 pagi hari ini di Sungai Rinching dan Sungai Semenyih dan ujian pensampelan bau mencatatkan bacaan sifar (0) ton dan aliran sungai dalam keadaan normal.

“LUAS juga akan mengeluarkan Perintah Perlindungan Air di bawah Seksyen 122, Enakmen LUAS 1999 kepada premis kilang terlibat berkenaan risiko dan ancaman insiden berkenaan kepada kualiti sumber air,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI