fbpx

‘Awang Hitam’ tipu ustazah ‘songlap’ RM78,214 dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis merampas 14 keping kad bank yang didaftarkan atas nama individu lain, sampul kurier, telefon bimbit, pasport dan sebuah table iPad milik suspek.

MELAKA – Seorang lelaki warga Nigeria dicekup polis selepas dipercayai telah memperdayakan seorang guru agama dengan cinta palsu sehingga menyebabkan wanita itu kerugian RM78,214, Mei lalu.

Suspek berusia 38 tahun itu diberkas dalam serbuan Op Tiong kira-kira pukul 12 tengah hari di sebuah kondominium di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E. Sundra Rajan berkata, hasil risikan, serbuan itu dilakukan sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Alor Gajah.

Katanya, suspek dipercayai melakukan kegiatan ‘Love Scam’ menerusi platform media sosial Facebook dan menggunakan nama sebagai Mahmudin Jaafar.

“Tangkapan dibuat susulan laporan dibuat oleh seorang guru agama, yang juga merupakan ibu tunggal mendakwa ditipu suspek sehingga kerugian RM78,214 pada 28 Mei lalu.

“Mangsa mendakwa berkenalan dengan suspek melalui Facebook dan lelaki itu telah meluahkan perasaan cintanya melalui aplikasi Whatsapp,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI