fbpx

Tiga geng 08 ditangkap lerai komponen kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Ridhwan ( kiri) menunjukkan komponen kenderaan dileraikan tiga anggota geng 08.

KUALA LANGAT – Kegiatan tiga anggota kongsi gelap 08 meleraikan komponen kenderaan secara haram sebelum menjualnya semula terbongkar apabila ditahan dalam kejadian di Jalan Ladang Telok Taman Indah, Telok Panglima Garang di sini, Jumaat lalu.

Penangkapan kesemua suspek berusia berusia 29 hingga 47 tahun dilakukan pukul 12.30 tengah hari hasil intipan selama 30 minit sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, kesemua suspek menjadikan sebuah bengkel di belakang sebuah rumah bagi menjalankan jenayah mereka.

Katanya, siasatan awal mendapati bengkel tersebut telah beroperasi selama dua minggu dan ketika serbuan, kesemua mereka sedang leka meleraikan enam komponen kenderaan dengan tidak memakai pelitup muka serta mengabaikan penjarakan fizikal.

“Kita turut merampas 6 buah rangka kenderaan termasuk pacuan empat roda (4WD) dan sebuah rangka motosikal.

“Kesemua rangka itu masing-masing melibatkan Proton Waja dan Iswara, Kia Spectra, Perodua Kancil, Yamaha 125Z dan 4WD jenis Tata,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Ahmad Ridhwan menambah, kenderaan itu dibeli pada harga pukal daripada orang tengah yang masih diburu pihaknya pada harga RM300 sehingga RM1,000.

Beliau menjelaskan suspek kini direman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil, Seksyen 6 Akta Barang Lusuh dan dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI