fbpx

Polis siasat insiden penguat kuasa PBT rebut telefon penjaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan insiden perebutan telefon antara penguat kuasa PBT dan penjaja di Pasir Mas semalam.

PASIR MAS – Polis membuka kertas siasatan berhubung rakaman video pegawai penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) berebut telefon dengan seorang penjaja kecil di sebelah sebuah bank di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, kertas siasatan dibuka selepas anggota itu hadir ke balai polis untuk membuat laporan berhubung kes tersebut apabila klip video berkenaan tular di media sosial.

Menurutnya, berdasarkan laporan pegawai PBT itu, dia bersama tujuh lagi anggota mengadakan operasi penguatkuasaan di sebelah sebuah bank di bandar Pasir Mas terhadap penjaja tanpa lesen yang menyebabkan halangan di tempat awam.

Katanya, semasa operasi dijalankan seorang lelaki yang merupakan penjaja nasi bungkus telah membuat rakaman melalui telefonnya.

“Pegawai PBT itu telah menghalang lelaki tersebut daripada terus membuat rakaman sebelum berlaku pergelutan antara mereka. Lelaki berkenaan telah mengeluarkan kata-kata kesat selain menghalang anggota PBT menjalankan tugas.

“Penjaja itu dipercayai tidak memberi kerjasama apabila anggota penguat kuasa PBT memintanya menyerahkan kad pengenalan untuk mengeluarkan kompaun selepas berniaga di ruang petak tempat letak kereta selain alat pengimbas suhu di gerainya didapati rosak” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI