fbpx

Lapan lelaki dikompaun RM2,000, sebuah premis RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BENTONG – Seramai lapan lelaki dikenakan kompaun masing-masing RM2,000 manakala sebuah premis dikompaun sebanyak RM10,000 kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah ini kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, tindakan kompaun berkenaan dikenakan di bawah Peraturan 17 (1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021.

“Hasil pemantauan dan pemeriksaan di sekitar daerah ini seramai lapan lelaki tempatan berumur 24 hingga 56 tahun dikompaun kerana pelbagai kesalahan gagal mematuhi SOP ditetapkan.

“Sebuah premis di kawasan Janda Baik dekan sini turut dikenakan kompaun kerana gagal mengikut waktu operasi yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara,”katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, sebanyak 393 kompaun telah dikeluarkan bermula dari 18 Mac sehingga 13 Jun lalu atas pelbagai kesalahan melanggar SOP yang ditetapkan dalam mengekang penularan wabak Covid-19.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI