fbpx

Bayi baru lahir dicadang dipakaikan ‘barcode’ elak tertukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina dan salah seorang wanita yang terlibat dalam kejadian tertukar bayi berkenaan.

PUTRAJAYA – Setiap bayi yang baru dilahirkan perlu dipakaikan gelang ‘barcode’ (Kod QR) yang mengandungi maklumat penuh ibu bapa masing-masing.

Itu cadangan dikemukakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun bagi mengelak isu bayi tertukar berulang pada masa depan.

Rina menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, beliau amat memandang serius insiden berkenaan dan ia perlulah dielakkan supaya tidak terjadi kepada mana-mana ibu pada masa hadapan.

Beliau berkata, saringan dan pemeriksaan yang lebih terperinci juga seharusnya dilakukan sebelum menyerahkan bayi kepada ibu masing-masing.

“Saya berharap agar semua pihak yang terlibat mengambil iktibar akan kejadian ini dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan agar peristiwa sebegini tidak berulang.

“Saya juga menyarankan agar ibu bapa sentiasa menyemak maklumat bayi yang diserahkan kerana ia juga sebahagian daripada tanggungjawab ibu bapa,” katanya.

Terdahulu, Rina berkesempatan menziarahi dua ibu yang terlibat dengan kejadian bayi yang tertukar di sebuah hospital swasta hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI