fbpx

Kelibat Kane dikatakan ‘hilang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOUTHGATE (kanan) berjabat tangan selepas mengeluarkan penyerang Spurs itu dan digantikan dengan Bellingham pada minit ke-82 aksi pertama Kumpulan D malam kelmarin.

LONDON – Pengurus, Gareth Southgate tampil mempertahankan prestasi buruk Harry Kane yang didakwa ‘hilang kelibat’ ketika England menewaskan Croatia 1-0 pada aksi Kumpulan D Euro 2020 di Stadium Wembley malam kelmarin.

Kapten The Three Lions itu gagal mengulangi kecemer­langannya selaku penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris bersama Tottenham Hotspur musim ini dan terpaksa digantikan oleh Jude Bellingham pada minit ke-82.

Kemasukan Bellingham menyaksikan dia mencipta sejarah tersendiri sebagai pemain termuda beraksi pada Euro iaitu berusia 17 tahun sekali gus memadam rekod lama dipegang Jetro Willems dari Belanda ketika berumur 18 tahun pada Euro 2012.

Berdasarkan statistik, Kane, 27, adalah pemain paling sedikit menyentuh bola berbanding rakan-rakannya dalam kesebe­lasan utama pada aksi yang menyaksikan Raheem Sterling muncul wira dengan gol tunggal perlawanan pada minit ke-57.

“Dia (Kane) menjalankan tanggungjawab dengan baik. Ini adalah satu perlawanan di mana dia terpaksa berdepan dengan banyak pertarungan fizikal.

“Peranan Kane dalam perlawanan ini lebih kepada cuba mencipta ruang kosong di bahagian atas untuk memboleh­kan pemain-pemain lain menjaringkan gol.

“Kami terpaksa ‘mengorbankan’ Kane kerana dia akan menjadi tumpuan semua pemain Croatia yang menyedari kemampuannya apabila berada dalam kawasan kotak penali,” kata Southgate.

Kemenangan itu juga ­telah membuktikan Southgate membuat keputusan tepat dengan menyenaraikan tonggak tengah Leeds United, Kalvin Phillips yang beraksi cukup cemerlang dan hampir-hampir menjaringkan gol ke atas Croatia.

England akan meneruskan aksi kedua Kumpulan D menentang musuh tradisi, Scotland di Stadium Wembley pada 19 Jun ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI