fbpx

Tujuh kontena kayu pine dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kayu pine dari Lithuania yang dirampas Maqis Pulau Pinang di NBCT, Butterworth, Seberang Perai kelmarin.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri menggagalkan cubaan membawa masuk tujuh kontena berisi kayu pine tanpa permit import dari Lithuania dalam satu pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth di sini kelmarin.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, pihaknya mengesan kayu-kayu berkenaan semasa menjalankan pemeriksaan rutin di tapak pemeriksaan kontena kira-kira pukul 4.30 petang.

“Siasatan mendapati tujuh kontena dengan muatan kayu pine itu diimport tanpa permit sah yang dikeluarkan oleh Maqis.

“Kita merampas sebanyak 353.732 meter kubik (MTQ) kayu tersebut dari Lithuania yang bernilai RM338,503.82 untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pengimportan kayu tanpa permit import yang sah adalah menjadi kesalahan dibawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Menurutnya, jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama iaitu denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI