fbpx

Tugas sukar pertahankan gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG sensasi, Cristiano Ronaldo (kanan) pasti akan menjadi sandaran utama Portugal untuk meraih kemenangan menjelang pertemuan dengan Hungary pada aksi Kumpulan F di Stadium Puskas Arena, Budapest tengah malam ini. – AFP

BUDAPEST, Hungary – Juara bertahan, Portugal harap dapat memulakan saingan Euro 2020 dengan langkah kanan menje­lang aksi pembukaan Kumpulan F menentang Hungary di Stadium Puskas Arena tengah malam ini.

Sebagai rekod, Portugal diundi dalam kumpulan ‘maut’ bersama dua lagi pasukan gergasi bola sepak Eropah iaitu Jerman dan Perancis.

Ketua jurulatih Portugal, Fernando Santos mengakui ada tekanan untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada Euro 2016 sekali gus dan menyeru­ barisan pemain agar memberi tumpuan terhadap perlawanan demi perlawanan dengan menyasarkan peringkat kalah mati sebagai keutamaan.

“Secara jujur, saya akui kami sebagai salah satu pasukan pilihan untuk menjuarai saingan Euro kali ini. Justeru, tekanan agak berat buat pasukan memandangkan kami juga diundi dalam pasukan maut.

“Apa yang pasti, jika kami gagal meloloskan diri ke pusingan kalah mati, maka boleh dianggap sebagai malapetaka tetapi saya percaya itu tidak akan berlaku dengan syarat kami perlu meraih tiga mata ketika bertemu Hungary,” kata Santos.

Sementara itu, ketua jurulatih Hungary, Marco Rossi percaya status sebagai pasukan underdog memberi kelebihan buat anak-anak buahnya beraksi lebih tenang selepas tidak diberikan sebarang sasaran pada kejohanan kali ini.

“Kita tahu atas kertas Hungary bukan pasukan pilihan. Namun, saya tidak mahu barisan pemain terlalu menghormati pasukan lawan sebaliknya perlu terus be­kerja keras.

“Selain itu, saya mahu pemain menikmati kisah dongeng ber­aksi dalam Euro 2020 selagi peluang belum tertutup,” kata pe­ngendali kelahiran Itali itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI