fbpx

Tsitsipas akui terima pengajaran berguna di aksi final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TSITSIPAS gagal menyekat kebangkitan Djokovic pada aksi final kelmarin. – AFP

PARIS – Pemain ranking No.4 dunia, Stefanos Tsitsipas me­ngakui kekalahan di pentas final Terbuka Perancis menjadi pe­ngajaran berguna kepadanya agar tidak terlalu selesa meskipun mendahului perlawanan.

Pada saingan tersebut, Tsi­tsipas dijangka mampu melakar sejarah tersendiri untuk meraih gelaran sulung di pentas Grand Slam selepas melakukan kejutan mendahului dengan dua set kemenangan ketika berdepan pemain ranking No.1 dunia, Novak Djokovic kelmarin.

Bagaimanapun, Tsitsipas yang dilihat selesa dengan keadaan tersebut gagal mengawal kebangkitan Djokovic yang meraih kemenangan 6-7, 2-6, 6-3, 6-2, 6-4 selepas bertarung dalam tempoh empat jam 11 minit.

“Apa yang saya belajar hari ini adalah tidak kira apa pun terjadi anda perlu menamatkan saingan. Anda juga perlu memenangi tiga set perlawanan dan bukannya dua set. Kemenangan awal dua set perlawanan itu tidak membawa sebarang makna.

“Saya tidak tahu apa yang terjadi pada saingan tersebut ke­rana Djokovic turun dengan permainan berbeza dan seolah-olah saya bertarung dengan
pemain lain.

“Ketika itu juga dia (Djokovic) tidak memberi saya sebarang ­ruang untuk bangkit. Pukulan saya serba tidak menjadi dan rentak perlawanan juga menjadi berbeza ketika set ketiga bermula.

“Meskipun saya kalah pada hari ini, saya tetap percaya de­ngan kemampuan diri. Suatu hari ini nanti saya pasti menggenggam gelaran di sini,” kata Tsitsipas.
Pada saingan tersebut, Tsi­tsipas menjadi pemain termuda ber­aksi di pentas final Roland Garros sejak Rafael Nadal menjuarai gelaran pada 2008. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI