fbpx

Lima penyamun diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima suspek yang diburu polis.

KLANG – Lima penyamun kini diburu polis selepas terlibat mencederakan pembantu kedai menggunakan batang dan rantai besi sebelum melarikan dua rantai emas dalam kejadian di sekitar daerah ini, kelmarin.

Kesemua suspek juga bertindak melarikan mengambil kad mesin pengeluaran automatik (ATM) serta membuat transaksi pindah sejumlah wang dari akaun mangsa yang merupakan lelaki berusia 21 tahun dalam kejadian pukul 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mereka adalah R. Loganathan, 35; J. Sivasanggar, 33; S. Gunasegaran, 32; P. Edwin, 30, dan M. Nokarju, 25.

“Kita terdahulu telah menahan tiga rakan suspek berusia 25 hingga 35 tahun pukul 10.50 malam hari sama kejadian di sekitar daerah ini.

“Turut dirampas bersama mereka adalah sebatang besi vakum dan sebuah masing-masing decoder rakaman televisyen litar tertutup ( CCTV) dan telefon bimbit jenis iPhone 12 Pro Max,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, hasil siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek mengaku melakukan jenayah itu dengan semakan menunjukkan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau.

Shamsul Amar menjelaskan, ketiga-tiga suspek kini direman lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI