fbpx

Keputusan STAM 2020 diumum Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Keputusan peperiksaan Siji Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020 akan diumumkan pada Khamis ini mulai pukul 10 pagi.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui dua kaedah iaitu secara dalam talian atau menerusi perkhidmatan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya, perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi, 17 Jun ini dan akan ditamatkan pada pukul 6 petang pada 23 Jun ini.

“Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

“Calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semakan keputusan STAM 2020 boleh disemak dipautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my selain SMS dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI