fbpx

Diana wanita sempurna, miliki semua kriteria idaman – Mas Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mas Khan memebritahu Diana memiliki ciri-ciri seorang wanita yang dicarinya selama ini.

PETALING JAYA – Pelakon Mas Khan menyifatkan kekasih hatinya, Diana Nasimuddin memiliki kualiti seorang wanita yang dicarinya selama ini.

Perkara tersebut dikongsi Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, 27, dalam sesi soal jawab bersama pengikut Instagramnya dalam InstaStorynya baru-baru ini

“Apa yang istimewa mengenai Diana? Maksud saya apa yang telah dia lakukan atau miliki sehingga membuatkan anda menyukainya?” tanya seorang pengikutnya dalam hantaran tersebut.

Seperti memberi bayangan tentang hubungan istimewanya bersama anak usahawan ternama itu, Mas memberitahu dia tertarik dengan keperibadian Diana yang disifatkan sebagai seorang wanita penyayang.

“Diana adalah segala-galanya. Dia melambangkan kualiti yang saya impikan dimiliki oleh seorang wanita.

“Dia juga satu dalam sejuta. Mengambil berat, bijak, berfikiran terbuka, matang, punya ciri keibuan, berpenampilan tinggi dan penyayang. Itulah Diana,” tulis pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu.

Terdahulu, hubungannya bersama Diana, 39, mula dihidu selepas kedua-dua mereka kerap berkongsi foto bersama dalam akaun Instagram masing-masing.

Untuk info, Diana atau nama sebenarnya Nur Diana Nasimuddin merupakan anak kepada ahli perniagaan automotif terkenal, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN