fbpx

Penghantar makanan diberikan jaminan polis, tidak perlu bayar wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Polis Selangor menegaskan bahawa tiada sebarang jaminan wang dikenakan kepada lima penghantar makanan yang direman bagi membantu siasatan kes pergaduhan di kawasan Sungai Way, Petaling Jaya sebelum ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, mereka sebaliknya telah dibebaskan dengan jaminan polis dan tidak perlu berlakunya tabung kutipan derma kononnya bagi membayar jaminan lima penghantar itu.

Katanya, pihaknya sedang dalam proses melengkapkan siasatan sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya.

“Apabila kita memberikan jaminan polis, tidak perlu bayar. Namun bila ada seseorang mengiklankan atau memberitahu membuat kutipan, kita syaki ada berlaku penyelewengan atau mengambil kesempatan daripada keadaan ini.

“Justeru, kita buka siasatan berdasarkan itu,” katanya pada sidang akhbar secara maya hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubung tindakan polis menyiasat kutipan derma dengan nama ‘Tabung Kilat Ikat Jamin Food Rider Foodpanda’ yang disyaki dilakukan pemilik akaun Facebook sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

Arjunadi berkata, NGO terbabit telah hadir hari ini ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi menjelaskan perkara terbabit.

“Sememangnya jaminan polis dan tidak memerlukan sebarang duit kecuali dituduh di mahkamah. Kalau ada orang hendak kutip duit yang tidak diketahui tujuannya, itu kita siasat,” jelasnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seramai enam lelaki warga tempatan terdiri daripada lima penghantar makanan dan seorang pelanggan ditahan selepas terlibat dalam satu pergaduhan melibatkan sensitiviti keagamaan di Sungai Way di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas seorang pelanggan telah menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti agama untuk membuat pesanan makanan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI