fbpx

15,000 pelajar terima telefon pintar untuk PdPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Saidi (kanan) menyerahkan telefon pintar untuk kegunaan pelajar B40 terpilih. FOTO - MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID

PADANG RENGAS – Kira-kira 15,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan kecil di negeri ini tidak akan keciciran untuk mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) apabila bakal menerima telefon pintar dibawah programTuisyen Cikgu Saarani (TCS).

Menerusi inisiatif Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad itu, kesemua telefon pintar akan diserahkan menerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing secara berperingkat-peringkat sehingga akhir bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, penyerahan telah dimulakan pada Jumaat lepas di Parlimen Kuala Kangsar, DUN Bukit Chandan dan DUN Manong.

“Hari ini kita masuk ke Parlimen Padang Rengas pula untuk diserahkan ke DUN Lubok Merbau dan DUN Chenderoh seterusnya pada semua pusat khidmat DUN di Perak termasuk pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan 150 buah telefon pintar kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lubok Merbau, Dr Jurij Jalaludin untuk diedarkan kepada pelajar sekolah B40 di sini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI