JAKARTA – Tindakan seorang wanita bergelar nenek di Indonesia menayang teman lelaki yang berusia 27 tahun mengundang kecaman netizen, lapor Suara.com, hari ini.
Rakaman video nenek berusia 53 tahun bernama Nurul Hidayati di laman TikTok bersama kekasih ‘pucuk muda’ itu menjadi tular kerana perbezaan usia antara mereka.
“Saya berusia 53 tahun, mempunyai seorang cucu dan kekasih saya pula baru berumur 27 tahun.
“Saya lahir tahun 1968, manakala dia pula pada tahun 1993,” tulisnya pada video tersebut.
Kebanyakan komen yang ditinggalkan berbaur negatif seperti menuduh lelaki muda itu bercinta dengan Nurul semata-mata kerana harta.
Bagaimanapun, Nurul menafikan hal itu dan memberitahu kekasihnya mempunyai pekerjaan dan tidak pernah mengharapkan duitnya.
“Kekasih saya ada pekerjaan sendiri dan tidak menumpang hidup dengan saya.
“Dia bukanlah kaki kikis atau pisau cukur seperti yang dianggap semua orang,” jelasnya lagi. – Agensi