fbpx

Alat sulit mengecil, IQ merosot alasan enggan pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara alasan yang diberi oleh penduduk di England untuk tidak memakai pelitup muka adalah ia mengecutkan zakar mereka. - Getty Images

LONDON – Seorang lelaki di South Derbyshire, England enggan memakai pelitup muka ketika memasuki sebuah pasar raya dengan alasan pelitup muka akan menyebabkan alat sulitnya mengecil, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Selain enggan memakai pelitup muka, lelaki itu juga memberi amaran kepada pelanggan lain agar melakukan perkara sama jika tidak mahu kejadian serupa berlaku pada alat sulit mereka.

Menurut pihak berkuasa, sejak pemakaian pelitup muka diwajibkan,  polis menerima banyak aduan berhubung  keengganan penduduk mematuhi peraturan  itu dan memberikan  pelbagai alasan tidak masuk akal.

“Selain alasan pelitup muka mengecilkan alat sulit, polis juga menerima alasan seperti ia akan merendahkan tahap IQ atau kecerdasan otak seseorang.

“Sikap tidak bertanggungjawab ini amat menyedihkan dan menyusahkan banyak pihak. Pelitup muka masih wajib walaupun anda sudah melengkapkan dua dos vaksin kerana masih ada orang yang belum selesai proses vaksinasi mereka,” demikian menurut jurucakap Polis West Mercia.

Tambah jurucakap itu, semua penduduk diminta  menghormati pekerja sektor peruncitan dan perhotelan jika mereka meminta pengunjung memakai pelitup muka kecuali mempunyai alasan munasabah.

“Sekiranya anda tidak mematuhi peraturan atau melibatkan diri anda dalam penganiayaan penyedia perkhidmatan, anda mungkin akan diminta oleh pemilik perniagaan untuk meninggalkan premis tersebut.

“Dan jika anda memutuskan untuk melawan dan bertindak kasar, kami (polis) mungkin diminta untuk datang dan menyelesaikan situasi berkenaan,” tambahnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI