fbpx

Didenda RM1,200 miliki pelbagai mercun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Gara-gara memiliki pelbagai mercun di rumah, seorang lelaki didenda RM1,200 di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret M.Barath menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Shahrul Fitri Hairul Azman, 23, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 10 hari jika gagal membayar denda dan tertuduh membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Shahrul didakwa memiliki lapan bungkus mercun bola dan lebih 300 kotak mercun pelbagai jenis antaranya Whistling Moon Travellers, Happy Boom Glories, Happy Boom Thunder Clap dan Happy Boom Red Cracker tanpa kebenaran sah di sisi undang-undang.

Kesalahan dilakukan di sebuah unit pangsapuri di Damansara Damai di sini pukul  5.30 petang pada 27 April lalu yang didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Siti Zubaidah Mahat memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar dikenakan hukuman atau denda yang ringan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI