fbpx

Lambat lagi nak kahwin – Ruhainies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUHAINIES

“Lambat lagi nak kahwin lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik Covid-19 ni,”

Itu jawapan ringkas pelakon kecil molek Ruhainies sekali gus menamatkan teka-teki pengikut mengenai persiapannya untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 29, video yang dimuat naik dalam Instagramnya itu hanyalah sebagai satu gambaran kepada pelancaran produk makananan ringannya nanti.

“Itu bukan video prewedding (pra-perkahwinan). Mentang-mentang dalam video ‘teaser’ itu saya mengenakan gaun pengantin, tapi itu bukan bermaksud nak kahwin pun.

“Insya-Allah tepat pukul 6 petang nanti saya dan team (kumpulan) akan memuat naik video penuh sekali gus menamatkan persoalan dan teka-teki pengikut mengenai perihal perkahwinan saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Dalam pada itu, Ruhainies memberitahu bahawa intipati video yang telah dimuat naiknya tempoh hari hanyalah 30 peratus berkisar mengenai produk tersebut.

“Kalau ikutkan video tersebut ada mesejnya yang tersendiri dan bukanlah berkisar kepada promosi produk semata-mata.

“Jadi untuk tahu lebih lanjut apa mesej sebenar yang ingin disampaikan kenalah tonton video penuh itu petang nanti,” ujarnya.

Ditanya mengenai perancangan perkahwinan dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Mr. E, pelakon drama Cukup Derita Itu menyifatkan perihal tersebut masih terlalu awal untuk diputuskan.

“Apa yang boleh saya katakan kami memang ada perancangan ke arah itu (nikah), tapi bukanlah dalam masa terdekat ini. Buat masa sekarang ini biarlah saya fokus pada kerjaya dan bisnes terlebih dulu.

“Apapun saya mohon doa yang terbaik untuk kami. Soal jodoh ni saya letak dan serahkan semuanya kepada Allah,” katanya yang merancang bakal menamatkan zaman bujang sebelum usia 33 tahun dan ketika keadaan Covid-19 sudah kembali reda. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI