fbpx

Sektor perkilangan terima vaksin bermula Rabu ini 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy

PUTRAJAYA – Fasa keempat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) diaktifkan minggu ini dengan keutamaan diberikan kepada sektor perkilangan yang beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar
pada sidang akhbar mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), hari ini.

Beliau berkata, agihan vaksin kepada sektor industri itu akan diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Menurutnya, satu pusat pemberian vaksin (PPV) akan dibuka dengan kerjasama MITI manakala program vaksinasi akan bermula pada Rabu ini.

“Fasa kawalan wabak perlu digerakkan cepat dalam kalangan industri agar kluster tempat kerja dapat dikawal memandangkan berlaku peningkatan kluster membabitkan sektor itu akhir-akhir ini.

“Selepas ini, agihan vaksin akan dibuka kepada sektor industri lain termasuk pembinaan, perladangan, peruncitan dan hospitaliti.

“Ia akan digerakkan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan setiap sektor dapat dilindungi,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI