PADANG RENGAS – Kerajaan Perak akan mempercepatkan pemberian vaksin kepada semua guru di negeri ini memandangkan mereka juga sebahagian daripada petugas barisan hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, pihaknya telah membangkitkan isu tersebut semasa Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak minggu lalu.
“Untuk isu pemberian vaksin kepada guru saya telah mohon kepada menteri besar untuk percepatkan proses vaksinansi kepada guru dan pendidik di negeri ini.
“Kerajaan negeri dan Menteri Besar Perak telah berikan jaminan sekiranya vaksin yang sepatutnya kita terima minggu ini atau minggu hadapan dalam jumlah sebenar, golongan guru dan pendidik akan diutamakan bagi mendapat vaksin selepas ini,” katanya. -K! ONLINE