fbpx

Suspek kelima pecah masuk rumah Datuk Bandar ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kediaman rasmi Datuk Bandar MBPP di Jalan Park, George Town dipecah masuk kelmarin.

GEORGE TOWN – Polis menahan individu kelima awal pagi tadi bagi membantu siasatan kes pecah rumah membabitkan kediaman rasmi Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Jalan Park, Pulau Tikus di sini kelmarin.

Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abd. Manan berkata, suspek lelaki berusia 32 tahun itu ditahan di kawasan Balik Pulau dekat sini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan empat lelaki berusia 27 hingga 37 tahun ditahan di Jalan Pantai Bersih, Butterworth di Seberang Perai dekat sini kira-kira pukul 10.15 pagi kelmarin bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Difahamkan, kejadian itu disedari ahli keluarga Datuk Bandar MBPP, Datuk Yew Tung Seang kira-kira pukul 9 pagi selepas mendapati keadaan rumah yang berselerak.

Pemeriksaan lanjut mendapati komputer riba, beg berjenama, telefon bimbit, sejumlah matawang asing dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV dilarikan penjenayah.

Difahamkan, semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati kelibat lelaki memasuki kediaman dua tingkat itu kira-kira pukul 5 pagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI