BOSTON – Seorang lelaki seperti mendapat nyawa kedua apabila paus kelasa atau humpback whale yang menelannya selama 30 saat kembali memuntahkan ‘hidangan’ itu,” lapr akhbar Daily Star, kelmarin.
Michael Parkard,56, yang pada waktu itu sedang mengutip udang galah yang dipancing di pinggir laut Provincetown, Massachusetts memberitahu pandangannya tiba-tiba berubah gelap.
Parkard tidak mengambil masa lama untuk menyedari dia telah ditelan seekor haiwan yang disangka ikan jerung putih.
Namun begitu, dia berasa agak pelik kerana tidak dapat merasakan sebarang gigi tajam di sekeliling badannya lalu mula terlintas bahawa dia sebenarnya berada dalam perut paus.
“Saya dapat merasakan paus itu sedang menelan saya dan saya sedang bergerak perlahan-lahan dalam perutnya.
“Pada ketika itu, saya hanya mampu berfikir, baiklah, sudah tiba masanya untuk saya mati,” katanya kepada WBZ-TV.
Selepas kira-kira 30 hingga 40 saat, paus tersebut timbul ke permukaan dan Parkard dapat melihat sinaran cahaya matahari.
Lelaki itu akhirnya dimuntahkan semula oleh paus itu selepas gagal dihadam dan berjaya ditarik masuk ke dalam bot oleh rakannya, Josiah Mayo yang tergamam dengan kejadian pantas tersebut.
Parkard dikejarkan ke pusat perubatan Provincetown dan dirawat akibat kerosakan tisu lembut pada kakinya tetapi tidak mempunyai sebarang kecederaan serius atau patah tulang. – Agensi