fbpx

Semakin sihat, Jeong-yeon susut 8kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEONG-YEON

KUMPULAN popular Twice baru sahaja membuat kemunculan semula menerusi album baharu mereka berjudul Taste of Love pada 9 Jun lalu.

Di sebalik keterujaan peminat terhadap album mini ke-10 kumpulan itu, perhatian ramai terarah kepada seorang daripada anggotanya, iaitu Jeong-yeon yang kelihatan semakin sihat dan aktif.

Jeong-yeon dikatakan berjaya menurunkan sebanyak lapan kilogram (kg) berat badan, sempena kemunculan semula kumpulannya, sekali gus menampilkan versi baharu dirinya yang lebih sihat berbanding sebelum ini.

Umum tahu sebelum ini, penyanyi itu terpaksa berehat daripada terlibat dengan sebarang aktiviti promosi bersama Twice gara-gara masalah kesihatan yang dialaminya pada Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, dia yang membuat kemunculan mengejut dan istimewa pada persembahan Anugerah Muzik Seoul ke-30 pada awal tahun ini mencuri perhatian luar biasa.

Semuanya disebabkan fizikalnya yang kelihatan sedikit berisi akibat pengambilan ubat-ubatan. Bagaimanapun, penampilan segarnya ketika itu melegakan hati peminat selepas tidak muncul di atas pentas.

Kehadiran Jeong-yeon ternyata mengubat kerinduan, sekali gus mengujakan peminat untuk menyaksi penyatuan semula Twice.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI