fbpx

Wanita serang polis dibebaskan, suami masih ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita berkenaan telah dibebaskan polis Jumaat lalu.

PETALING JAYA – Seorang wanita yang ditahan selepas membuat provokasi terhadap polis demi menyelamatkan suaminya telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, suami wanita itu yang merupakan warga Pakistan yang turut ditangkap sebelum ini bagaimanapun masih ditahan polis.

“Suspek wanita telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 11 Jun manakala suspek lelaki masih dalam lokap,” katanya di sini hari ini.

Abd. Khalid berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan segera dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan pertuduhan setiap kesalahan, termasuk kompaun berikutan wanita itu tidak memakai pelitup muka semasa kejadian.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang wanita sanggup membuat provokasi terhadap polis demi menyelamatkan suaminya, seorang warga Pakistan yang memiliki dokumen palsu ketika pemeriksaan polis di Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya Rabu lalu.

Ekoran kejadian itu, pasangan suami isteri berusia 42 dan 33 tahun itu diberkas dan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI