fbpx

Jumlah tangkapan hasil laut di Kelantan turun 50 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot laut dalam berlabuh di jeti LKIM Tok Bali, Pasir Puteh sebelum ini merupakan salah satu tempat nelayan membawa pulang tangkapan hasil laut di Kelantan. - Foto IHSAN JABATAN PERIKANAN KELANTAN

KOTA BHARU – Jumlah tangkapan hasil laut di Kelantan didapati berkurangan sebanyak 50 peratus sepanjang lima bulan tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan, Nazri Ishak berkata, berdasarkan rekod jabatan, sebanyak 15,048 tan metrik hasil laut ditangkap oleh nelayan di negeri ini sehingga Mei lalu.

Katanya, jumlah tersebut menunjukkan penurunan separuh daripada hasil tangkapan pada tahun ini apabila sebanyak 30,505 tan metrik dicatatkan dalam tempoh sama pada tahun lalu meskipun berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu.

“Berdasarkan pemeriksaan, kekurangan hasil tangkapan itu disebabkan oleh bot laut dalam yang tidak dapat beroperasi kerana tiada awak-awak asing yang dapat bekerja akibat penguatkuasaan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) ketika ini.

“Selain itu, penutupan pintu sempadan negara melalui jalan laut ekoran penularan jangkitan Covid-19 juga merupakan antara faktor pengurangan hasil tangkapan pada tahun ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI