fbpx

ATM sedia bina 6 lagi hospital medan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kiri) bersama Adham Baba (berbaju biru) dan Hasni mendengar taklimat mengenai Hospital Medan ATM yang akan dibuka pada 17 Jun sempena lawatan Menteri Pertahanan di Hospital Medan ATM di pekarangan HSA, Johor Bahru, Johor hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Keputusan menambah pembukaan hospital medan kelolaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu petugas barisan hadapan melawan pandemik Covid-19 bergantung kepada nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat hari ini sebanyak enam buah hospital medan telah dibuka termasuklah yang baharu di Hospital Sultanah Aminah, di sini.

Menurut beliau, hospital medan lain termasuklah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Kapit, Pokok Sena, Kepala Batas dan Tawau.

“Setakat hari ini ada enam buah hospital medan yang telah didirikan ATM. Kita akan terus berbincang dengan KKM jika masih terdapat keperluan untuk menambah lagi.

“Selepas menerima peruntukan tambahan RM1 bilion daripada kerajaan, jika bajet itu diterima kita boleh membuka enam lagi hospital medan jika diperlukan.

“Jika diberikan kita bersedia lakukan lantikan kontrak, kita akan sediakan 30 doktor dan 100 paramedik daripada ATM beserta perlatan,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan selepas melawat Hospital Medan di Hospital Sultanah Aminah, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Adham Baba; Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad dan Ketua Pengurusan, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM, Brigedier Jeneral Dr. Mohd. Arshil Moideen.

Tambah Ismail Sabri, hospital medan di HSA itu akan mula beroperasi pada 17 Jun ini dan akan mengendalikan pesakit Covid-19 dalam kategori ketiga dan keempat.

“Dengan pembinaan hospital medan ini, ia akan menambah 60 katil bagi pesakit, termasuklah empat katil Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI