fbpx

Difitnah masih hisap dadah, Ameng buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMENG SPRING

PETALING JAYA – Penyanyi Ameng Spring terkilan apabila dia dituduh netizen masih terlibat dengan gejala penagihan dadah ketika membuat persembahan secara langsung dalam laman Facebook Artise Voice Of Legend (AVOL) semalam.

Menganggap tuduhan tersebut sebagai fitnah yang boleh menjejaskan namanya, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 52, membuat satu laporan polis terhadap dua individu di Balai Polis Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur hari ini.

“Assalamualaikum. Terlebih dahulu saya mohon maaf kalau perkataan saya ini mengganggu sesetengah pihak. Ketika saya membuat persembahan di AVOL semalam, ada orang komen negatif kata saya masih lagi hisap dadah.

“Rasanya orang-orang yang berfikiran negatif dan bersangka buruk terhadap orang lain elok pergi mati sahajalah,” katanya menerusi satu hantaran video dalam Instagramnya.

Dakwa pelantun lagu Sampai Hati itu, tidak mustahil individu yang memfitnahnya itu berkemungkinan terlibat dengan penagihan dadah.

“Mungkin dia sendiri yang hisap dadah. Jadi bolehlah saya buat laporan polis. Kita tengok nanti,” ujarnya.

Menerusi laporan polis yang dibuat, Ameng berkata, tuduhan dua individu tersebut sudaj keterlaluan dan boleh menimbulkan fitnah kepadanya.

“Mereka telah memfitnah dan cuba hendak menjatuhkan nama baik saya dalam media sosial.

“Jadi, saya telah membuat laporan polis terhadap dua individu yang meninggalkan komen berbaur fitnah terhadap saya sekali gus boleh menjejaskan pendapatan saya,” kata Ameng.

Dalam pada itu, Ameng komen kedua-dua individu tersebut bukan sahaja mendatangkan fitnah kepadanya, malah komen sebegitu dianggap mengaibkan.

“Lagi sekali maafkan saya jika kata-kata saya ini agak kasar. Untuk mereka yang suka berfikiran negatif, ingat satu jari kita tunjuk dekat orang, empat jari tunjuk dekat awak,” luah Ameng.

Terdahulu, ketika Ameng sedang membuat persembahan, seorang netizen telah meninggalkan komen mendakwa Ameng masih terlibat dengan penagihan dadah kerana dilihat mengacipkan giginya (ketap gigi) ketika membuat persembahan.

Komen individu tersebut kemudiannya disokong seorang lagi pengguna Facebook apabila meninggalkan kata-kata seolah-olah bersetuju Ameng kembali terlibat dengan gejala penagihan dadah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI