fbpx

Cristina Suzanne geram lelaki cuba mencuri di pasar mini miliknya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CRISTINA menunjukkan paparan seorang lelaki yang cuba mencuri di pasar mini miliknya.

PETALING JAYA – Gara-gara berang dan geram, pelakon Cristina Suzanne bertindak mendedahkan identiti seorang lelaki yang didakwa telah melakukan kegiatan mencuri di pasar mini miliknya, Glenn’s Grocery di Shah Alam, Selangor.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory, Cristina atau nama sebenarnya Cristina Suzanne Stockstill, 36, telah berkongsi gambar seorang lelaki yang dikatakan sebagai suspek kes curi di pasar mini berkenaan.

“Siapa yang nak jadi popular? Orang lain tengah bersusah payah sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kau boleh pula mencuri.

“Tunggu kejap aku kasi kau popular,” ujarnya.

Dalam hantaran itu juga, pelakon yang pernah membintangi filem Jwanita itu turut meminta orang ramai yang mengenali suspek supaya segera menghubunginya kerana lelaki tersebut dikatakan telah melarikan diri selepas ditangkap.

“Siapa kena dia sila mesej saya dengan segera. Dah kena tangkap kau lari. Lepas itu kau ugut nak cederakan aku?” kata Cristina.

Berdasarkan rakaman video televisyen litar tertutup (CCTV), difahamkan suspek kes curi itu dilihat memandu kereta jenis Honda berwarna putih dengan nombor pendaftaran NDM4275.

Menerusi hantaran yang dikongsikan Cristina, dia mendakwa suspek bijak menjalankan kegiatan tersebut apabila memasukkan kesemua barang yang dicuri ke dalam kotak air mineral.

“Dia (pencuri) keluarkan air mineral dan susun dekat rak. Kemudian kotak kosong itu dia isi barang-barang yang dia ambil.

“Lepas itu kau bayar air mineral sahaja ke? Baik punya lakonan,” katanya.

Dalam pendedahan tersebut, Cristina turut memaklumkan antara barangan yang dicuri lelaki itu ialah 24 bungkus Milo 3 in 1, 26 bungkus milo biasa, 18 bungkus Nescafe 3 in 1, sembilan botol Nescafe Gold dan 14 bungkus coklat Cadbury.

Ekoran kejadian tersebut, Cristina turut berpesan kepada pemilik kedai runcit lain supaya berhati-hati dengan lelaki tersebut.

“Kedai-kedai runcit yang lain sila ambil perhatian modus operandi ini. Cara mencuri dalam kotak. Kepada yang ada kedai runcit sila berhati-hati. Periksa kotak dulu,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI