SEPANJANG musim Perintah Kawalan Pergerakan yang lambat lagi nak habis, netizen sentiasa ada bahan untuk dibicarakan. Yang elok dipuji yang buruk dikeji. Macam Fazura ni, dia antara selebriti tanah air yang selalu dipuji, cantik dan milik pesona tersendiri.
Lagi bertambah cantik apabila Fazura sekarang ini kerap tampil dalam Instagram dengan mengenakan hijab.
Walaupun Fazura tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang penghijrahan dirinya itu, tapi ramai peminat mendoakan isteri Fattah Amin itu kekal mengenakan hijab sampai bila-bila.
Diva tengok komen-komen netizen, semuanya positif dan sokong habis-habisan jika Fazura terus berhijab.
Cuma, apa yang Diva tahu, sebelum ini Fazura ada berkata, tentang bila dia akan berhijab itu adalah suatu hal yang sangat peribadi baginya.
Jika dia sudah bersedia untuk berhijrah, dia tidak akan membuat sebarang pengumuman tentang penghijrahannya itu.
Itulah yang sebaik-baiknya, Diva doakan semoga pelakon tersebut sentiasa dirahmati dan istiqamah dengan penghijrahannya.
DIVA: Tumpang simpati dengan nasib penyanyi Ashira, tabahnya dia apabila tiga jari kaki suaminya, Bad Indigo terpaksa dipotong akibat serangan gangren dan kencing manis tahap kronik.