RABU lalu, Diva ada ternampak foto Amyra Rosli dan suami, Amar Baharin hadir ke sesi pemeriksaan pemeriksaan di sebuah pusat perubatan terkemuka.
Foto yang dimuat naik dalam Instagram tersebut mengundang 1,001 tanda tanya dalam kalangan netizen, malah ada yang membuat andaian pelakon itu sedang berbadan dua.
Semuanya gara-gara kapsyen Amyra yang menulis hadir ke sesi pemeriksaan bersama doktor di hospital.
“Betul ke Aryssa bakal dapat adik lagi? Jika benar, syukur alhamdulillah,” komen seorang pengikut Instagramnya.
Laju sungguh netizen membuat andaian ya. Mungkin Amyra dan Amar hanya melakukan pemeriksaan kesihatan biasa sahaja.
Jika benar ada berita baik, pasti mereka akan kongsikan. Bertenang ya semua.
DIVA: Gandingan Amyra dan Saharul Ridzwan dalam Sabarlah Duhai Hati dipuji habis. Walaupun tak ada adegan bersentuhan, emosi mereka mantap!