fbpx

Bayi nama HTML tular di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HTML menjadi sensasi internet kerana keunikan namanya. - Mac Eightyfive Pascual/Coconut

BULACAN, FILIPINA – Seorang bayi yang baru dilahirkan menjadi perhatian netizen selepas ibu bapanya menamakannya sebagai Hypertext Markup Language (Bahasa Penanda Hiperteks) atau HTML, lapor portal Coconut semalam.

Bayi lelaki dengan nama penuh Hypertext Markup Language Rayo Pascual itu dilahirkan kelmarin di sebuah hospital di Bulacan.

Namanya itu dikatakan diinspirasikan daripada pekerjaan bapanya yang merupakan seorang pembangun laman web.

Bayi tersebut menjadi tular beberapa jam selepas ibu saudaranya memuat naik gambarnya di Facebook dengan menulis nama penuhnya.

Rata-rata netizen teruja dengan nama bayi itu sambil berseloroh menggunakan namanya.

“Bayi ini akan menggodam Pentagon (di Amerika Syarikat) apabila dia besar kelak. Begitulah namanya,” tulis seorang netizen.

“Apa khabar HTML? HTML awak apa?” tulis seorang lagi netizen. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI