fbpx

Nadal tidak kecewa selepas tewas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADAL berikrar untuk membuat persiapan lebih rapi musim depan selepas terkandas di separuh akhir pada aksi kali ini. – AFP

PARIS – Bintang tenis Sepa­nyol, Rafael Nadal menerima dengan hati yang terbuka berikutan kekalahannya ke atas Novak Djokovic sekali gus ter­singkir pada aksi separuh akhir Terbuka Perancis awal pagi semalam.

Nadal yang merupakan juara bertahan Terbuka Perancis dan sedang memburu gelaran Grand Slam ke-21 tewas de­ngan keputusan 6-3, 3-6, 6-7, 2-6 dalam pertarungan epik selama empat jam 11 minit.

“Sudah pasti sedih kerana tewas dalam kejohanan pa­ling penting bagi saya tahun ini, tetapi hidup mesti diteruskan dan ia hanya kekalahan di ge­langgang tenis.

“Jika segalanya berjalan de­ngan baik, esok saya akan berada di rumah bersama keluarga dan juga rakan-rakan saya. Kemudian kita akan lihat perancangan seterusnya nanti.

“Meskipun Roland Garros adalah pertandingan pen­ting bagi saya, saya sedar anda tidak boleh memenangi 15 atau 16 kali di gelanggang ini.

“Tahun depan saya akan kembali ke sini. Saya akan tiba de­ngan persiapan lebih rapi,” kata Nadal.

Sekiranya Nadal, 35, menjuarai perlawanan tersebut dia bakal menjadi pemain tertua beraksi di final Terbuka Perancis pada era moden dan juga mampu mengatasi rekod Grand Slam selepas kekal terikat de­ngan 20 gelaran utama bersama Roger Federer.

Sebagai rekod, ia merupakan kekalahan ketiga Nadal daripada 108 perlawanan di Roland Garros sekali gus menyaksikan Djokovic akan menentang Stefanos Tsitsipas di final malam ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI