fbpx

Warga emas Kampung Sahom terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nolee Ashilin (kanan) meninjau proses suntikan vaksin pada Program Outreach Daerah Kampar di Dewan Komuniti Sahom di sini hari ini.

KAMPAR – Seramai 102 orang penduduk Kampung Sahom di sini yang terdiri daripada warga emas menyahut saranan kerajaan apabila selesai menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 menerusi Program Outreach Daerah Kampar.

Ini merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk mempercepatkan pemberian vaksin khususnya kepada masyarakt desa yang menyasarkan golongan warga emas.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, program seterusnya akan dilaksanakan di Klinik Kesihatan Kota Bharu, Gopeng dalam masa dua minggu lalu.

Menurut beliau, di daerah itu ketika ini telah terdapat sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) iaitu di Dewan Bandaran Kampar dengan kapasiti 500 dos suntikan vaksin sehari.

“Kita juga sedang menyediakan PPV kedua daerah Kampar iaitu di premis Akademi Kemahiran Kemas Gopeng yang akan beroperasi pada 1 Julai depan dengan pemberian 400 dos suntikan vaksin sehari.

“Selain itu, Kampar juga dalam perancangan untuk penyediaan perkhidmatan suntikan secara pandu lalu bagi pemberian vaksin di kampus Universiti Tunku Abdul Rahman,” katanya semasa hadir pada Program Outreach Daerah Kampar di Dewan Komuniti Sahom di sini hari ini.

Pada program vaksinasi ini kesemua penerima diberi suntikan vaksin jenis Pfizer.

Dalam pada itu kata Nolee Ashilin, pendaftaran dalam kalangan masyarakat Kampar sebagai penerima vaksin menerusi aplikasi MySejahtera sehingga kini adalah sederhana iaitu bawah 50 peratus dan beliau berharap jumlah itu dapat dipertingkatkan.

Katanya, ini kerana kerajaan negeri mensasarkan 80 peratus atau kira-kira 85,450 penduduk di daerah itu menerima vaksin.

“Masyarakat terutamanya penduduk pendalaman diminta membuat pendaftaran melalui MySejahtera segera dan tidak perlu bimbang kerana vaksin ini selamat,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI