PUTRAJAYA – Sebanyak 5,793 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 652,204 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 1,582 kes, diikuti oleh Negeri Sembilan sebanyak 618 kes dan Sarawak sebanyak 569 kes.
“Seterusnya, Kuala Lumpur (559 kes), Johor (504 kes), Sabah (378 kes), Kelantan (337 kes), Labuan (250 kes), Perak (218 kes), Pulau Pinang (198 kes), Melaka (178 kes), Kedah (171 kes) dan Pahang (121 kes).
“Terengganu pula mencatatkan sebanyak 82 kes, Putrajaya dengan 23 kes manakala, Perlis merekodkan lima kes baharu,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. -K!ONLINE