fbpx

411 mesin lombong bitcoin dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian mesin bitcoin yang dirampas dalam serbuan di sekitar bandar raya George Town semalam.

GEORGE TOWN – Polis merampas 411 mesin bagi aktiviti melombong matawang digital, bitcoin bernilai RM180,000 dalam tujuh serbuan di sekitar daerah Timur Laut dan Barat Daya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi bermula kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu membabitkan tiga rumah kedai di Jelutong dengan rampasan 200 unit mesin bitcoin bernilai RM80,000.

Katanya, susulan serbuan yang menahan empat lelaki berusia 20 hingga 35 tahun itu, polis dan wakil syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat empat lagi serbuan di rumah kedai di sekitar bandar raya ini dan Bayan Lepas.

Menurutnya, pada operasi berakhir pukul 3 pagi itu, polis turut merampas 211 buah mesin perlombongan bitcoin di empat premis berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kesemua premis itu dijadikan sebagai tempat melombong bitcoin dengan menggunakan bekalan elektrik secara haram sehingga menyebabkan kerugian kepada TNB kira-kira RM420,000 untuk tempoh dua bulan.

“Hasil soal siasat terhadap empat suspek, mereka mengaku diambil bekerja sebagai pembersih premis sejak dua bulan lalu dengan gaji sebanyak RM3,000 sebulan daripada seorang majikan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam pada itu, katanya, pemeriksaan TNB mendapati kabel elektrik di semua premis berkenaan telah diubahsuai dan bertujuan untuk mencuri bekalan elektrik.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat penyambungan elektrik serta Seksyen 37 Akta Bekalan Letrik 1990 kerana menggunakan bekalan elektrik secara haram. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI