fbpx

Subsidi RM8 bilion tampung kenaikan bahan api, minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan dijangka menyediakan peruntukan subsidi sehingga RM8 bilion tahun ini bagi mengekalkan harga bahan api dan minyak masak di negara ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, subsidi itu adalah bagi membantu mengurangkan kesan kenaikan harga komoditi di peringkat global ke atas kos sara hidup rakyat.

Beliau berkata, kerajaan sudah menyediakan peruntukan subsidi sekitar RM3.78 bilion pada tahun ini bagi namun ia terpaksa dinaikkan sehingga RM8 bilion berdasarkan harga pasaran global semasa bahan api dan minyak masak.

“Hari ini, kerajaan tetap meneruskan dasar pengekalan harga petrol RON95 dan diesel masing-masing pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter sejak 10 Februari lalu.

“Malah, kerajaan juga mengekalkan harga gas petroleum cecair (LPG) pada harga RM1.90 sekilogram sejak Jun 2015 dan minyak masak bersubsidi pada harga RM2.50 bagi pek sekilogram sejak tahun 1997,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, sebelum ini, kerajaan memperuntukkan RM6.32 bilion bagi subsidi bahan api dan minyak masak berkenaan pada tahun 2019 dan RM2.16 bilion pada tahun lalu.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan bersedia menanggung perbelanjaan subsidi yang lebih tinggi ini bagi memelihara kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan, terutamanya peniaga-peniaga kecil.

“Kementerian Kewangan ingin mengulangi bahawa kerajaan akan terus membantu  rakyat melalui pelbagai langkah,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI