fbpx

Usia kandungan dipersoal, Ayda Jebat minta netizen buat kiraan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar (kiri) respons Ayda selepas mengulang siar ciapan individu berkenaan.

PETALING JAYA – “Saya nikah 1 Januari lalu dan hamil lima bulan. Sila buat kiraan sendiri.”

Itu respons pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat, 29, terhadap seorang netizen yang mempersoalkan tentang usia kehamilannya walaupun baru sahaja mendirikan rumah tangga pada awal Januari lalu.

“Aku rasa macam Ayda baru sahaja kahwin tetapi tiba-tiba mengandung. Sebenarnya dia sudah lama kahwinkah dan aku tak perasan?” ciap seorang individu bernama @nshazmann dalam Twitter semalam.

Dakwaan tersebut mendapat perhatian pelantun lagu Parah Parah itu yang turut mengulang siar ciapan itu serta meminta individu berkenaan membuat kiraan tarikh perkahwinan dengan usia kandungannya kini.

“Saya nikah pada 1 Januari 20221. Hari ini, 12 Jun 2021, sekarang saya kandungan saya pula berusia lima bulan dua minggu.

“Tiba-tiba mengandung? Tolong buat kiraan sendiri,” balas pemilik nama lengkap Nur Suhada Jebat itu.

Tidak berakhir di situ, pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu turut membuat ciapan berbaur peringatan kepada umum.

AYDA turut memuat naik ciapan berbaur teguran secara umum dalam Twitternya.

“Bila lambat kahwin ‘bila nak kahwin?’. Bila kahwin muda ‘dah gatal sangat ke?’. Bila hamil cepat ‘eh tiba-tiba mengandung?

“Betul ke hamil, cepat eh? Bila lambat dapat zuriat ‘bila nak mengandung?’ Syukur, cermin dan lalui kehidupan sendiri,” ciap isteri bekas pengacara, Nabil Mahir itu.

Hasil tinjauan Kosmo! Online, Ayda juga turut membalas komen netizen yang mendakwa netizen pada hari ini mengalahkan ‘mak cik bawang’.

“Sekarang bukan mak cik sahaja bergelar mak cik bawang tetapi umur muda pun nak jadi begitu.

Baik dia baiki kehidupan, fikir positif dan bahagiakan mak dan ayah dahulu sebelum membuat ciapan dan meninggalkan komen yang yang tidak pasti. Sedih!,” balas Ayda.

Untuk rekod, Ayda dan Nabil bernikah di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail di ibu negara pada 1 Januari lalu.

Selepas hampir empat bulan mendirikan rumah tangga, Ayda mengesahkan dirinya sedang hamil anak pertama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI