fbpx

Naftali Bennett ganti Benjamin Netanyahu sebagai Perdana Menteri Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bennett dilaporkan bakal menggantikan Netanyahu esok. - AFP

TEL AVIV, ISRAEL – Pemimpin parti Yamina, Naftali Bennett dilaporkan bakal menggantikan Benjamin Netanyahu sebagai Perdana Menteri Israel esok, selepas 12 tahun Netanyahu mengetuai tampuk kepimpinan Israel, lapor laman berita United Press International semalam.

Dalam perjanjian yang termeterai antara lapan parti politik semalam, kesemua mereka bersetuju untuk membentuk kerajaan perikatan, sekali gus menggulingkan Netanyahu sebagai Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat di Israel.

Di bawah pelan kerajaan perikatan tersebut, Bennett akan menjadi Perdana Menteri selama dua tahun, dan akan digantikan dengan pemimpin parti Yesh Atid, Yair Lapid pada tahun 2023.

“Penduduk Israel memerlukan kerajaan yang berfungsi dan bertanggungajwab serta membawa manfaat kepada mereka, dan itulah apa yang bakal dilakukan oleh kerajaan baharu ini.

“Kesemua ahli kerajaan perikatan ini komited terhadap penduduk Israel,” ujar Lapid.

Netanyahu yang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sejak tahun 2009 gagal dalam beberapa percubaannya untuk membentuk kerajaan perikatan.

Beliau juga pernah dikaitkan dengan beberapa skandal sepanjang khidmatnya termasuk siasatan kes rasuah yang menuduhnya membeli liputan media ketika zaman pemerintahannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI