fbpx

Suntikan vaksin resahkan Enrique

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Sepanyol kembali menjalani sesi latihan selepas ujian dibuat Khamis lalu mendapati kesemua mereka negatif wabak Covid-19. – AFP

MADRID – Jurulatih Sepanyol, Luis Enrique mengakui bimbang dengan keputusan kerajaan negara itu yang akan memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada para pemainnya yang akan memulakan kempen Euro 2020.

Sepanyol dijadualkan turun untuk aksi pertama menentang Sweden awal pagi Selasa ini tetapi Enrique sedikit resah kerana ia dibimbangi mampu memberikan kesan kepada para pemainnya.

Persiapan La Roja untuk kempen kali ini sedikit kelam-kabut selepas dua pemainnya, Sergio Busquet dan Diego Llorente disahkan positif wabak maut itu setakat ini memaksa 24 pemain lain terpaksa menjalani proses isolasi.

Menteri Kesihatan Sepanyol, Carolina Darias mengesahkan bahawa kesemua pemain skuad Sepanyol akan menerima suntikan vaksin berkenaan sebelum perlawanan pertama melibatkan mereka membuka tirai.

Bagaimanapun, Enrique ber­pendapat bahawa mereka sepatutnya menerima suntikan ber­kenaan dua bulan lalu kerana kesan vaksin tersebut masih belum diketahui.

“Presiden Persekutuan Bola Sepak Sepanyol, Luis Rubiales sudah berusaha untuk memastikan para pemain yang tersenarai diberikan vaksin sejak dua bulan lalu.

“Malangnya, ia tidak dapat dilaksanakan. Kami menerimanya dan tidak membuat sebarang bantahan tetapi sekarang ini baharulah rundingan dilakukan dan kami berada dalam situasi tidak menentu.

“Saya lebih sukakan perkara ini diselesaikan lebih awal sebenarnya, selepas saya mengemukakan senarai pemain. Ini kerana kami perlu memahami mengenai kesan sampingan vaksin tersebut kepada pemain,” katanya.

Enrique terpaksa memanggil 17 pemain baharu yang diletakkan dalam gelembung pasukan sebagai persediaan sekiranya terdapat lagi pemain utama yang diuji positif koronavirus.

Namun, perkhabaran terbaharu mungkin membuatkan Sepa­nyol sedikit lega apabila ujian yang dibuat kelmarin terhadap 24 pemain dalam skuad itu didapati negatif dan mereka sudah kembali menjalani sesi latihan secara berpasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI