fbpx

Penternak ikan patin, tilapia rugi RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zahir menunjukkan anak ikan yang mati serta sampel air sungai yang diambil pada hari kejadian di Temerloh semalam.

TEMERLOH – Seorang penternak ikan sangkar di Pengkalan Manggis di sini terpaksa menanggung kerugian apabila banyak ikannya mati dipercayai akibat pencemaran air Sungai Pahang.

Mohd. Zahir Ibrahim, 37, men­dakwa air sungai terbabit dicemari dengan kelodak berwarna hitam dan berbau dipercayai sisa yang dilepaskan sebuah kilang berhampiran pada Rabu lalu.

“Kejadian itu disedari pada petang Rabu itu apabila saya dapati ada kelodak berwarna hitam dan berbau seperti air kumbahan di kawasan sangkar ikan dan sele­pas itu banyak ikan mati.

“Kebanyakan ikan yang mati adalah anak ikan patin berusia seminggu selain ikan tilapia yang sudah berusia empat bulan dan sedia untuk dijual,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mohd. ZAHIR menyauk anak ikan yang mati disangkarnya dalam kejadian di Temerloh semalam.

Mohd. Zahir berkata, sehingga kini lebih 1,000 ekor ikan patin dan tilapia dipeliharanya mati yang melibatkan kerugian kira-kira RM20,000.

Katanya, dia sudah melaporkan kejadian itu kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Temerloh dan pegawai berkenaan sudah datang membuat siasatan serta mengambil sampel air.

Dia memberitahu, kejadian itu bukan pertama kali berlaku kerana dua tahun lalu dia mengalami kerugian hampir RM300,000 apabila ikan di tiga sangkar­nya mati dipercayai juga akibat pencemaran air.

“Sudahlah pendapatan kami terjejas apabila hanya dibenarkan berniaga sehingga pukul 1 tengah hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang baru berakhir semalam.

“Kini kami terpaksa pula berdepan dengan masalah ini dan mengalami kerugian, kami ibarat sudah jatuh ditimpa tang­ga,” katanya.

Sementara itu, aktivitis alam sekitar, Khaidir Ahmad berkata, JAS negeri perlu memantau kua­liti air di Sungai Pahang bagi memastikan tiada pihak melepaskan sisa buangan ke sungai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI