fbpx

Fadillah positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadilah

PETALING JAYA – Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof disahkan positif Covid-19 setelah menerima keputusan ujian saringan awal malam semalam.

Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan berkata, beliau menjalani ujian saringan Covid-19 pukul 10.15 pagi sebagai rutin biasa yang dibuat oleh Pejabat Menteri Kanan Kerja Raya dari semasa ke semasa.

“Sebelum ini beliau sentiasa menjalani ujian saringan dari semasa ke semasa dan keputusan adalah negatif termasuk terkini pada 3 Jun 2021.

“Fadillah kini berada dalam keadaan stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul. Beliau juga berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan semua terlibat,” kata kenyataan itu hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, beliau akan menjalani kuarantin di rumah disebabkan tiada sebarang gejala seperti nasihat Kementerian Kesihatan.

“Sepanjang tempoh kuarantin, Fadillah akan terus memantau dan memastikan urusan kementerian berjalan lancar,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI