fbpx

Neelofa derma katil hospital bernilai hampir RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA mengambil inisiatif peribadi menyalurkan sumbangan kelengkapan hospital berupa katil kepada Hospital Melaka.

PETALING JAYA – Usahawan selebriti popular, Neelofa mengambil inisiatif membantu petugas barisan hadapan dengan menyalurkan sumbangan berupa kelengkapan katil untuk Hospital Melaka yang bernilai hampir RM100,000.

Pemberian tersebut merupakan antara sumbangan pertama yang diusahakan sendiri oleh Neelofa atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap peningkatan kes COVID-19 serta kekurangan katil di hospital-hospital utama.

Menurut pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dalam satu kenyataan akhbar hari ini, niat murni tersebut direalisasikan selepas melihat peningkatan jumlah pesakit Covid-19 setiap hari.

“Rasa terpanggil untuk menghulurkan bantuan terutama selepas melihat keadaan  hospital yang semakin sesak kerana terpaksa menampung jumlah pesakit Covid- 19 yang kian ramai.

“Jadi, saya ingin memainkan peranan untuk meringankan beban komuniti dan rakyat Malaysia, sekali gus membantu menangani pandemik ini. Saya harap dengan sumbangan yang kecil dan tidak seberapa ini dapat melancarkan proses pemulihan pesakit Covid-19,” ujar pemilik empayar jenama Naelofar itu.

KATIL hospital bertulis sumbangan Neelofa.

Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu turut merancang untuk memberikan sumbangan kepada beberapa lagi buah hospital utama di seluruh Malaysia.

Bahkan, bekas pemenang Dewi Remaja 2009/2010 itu juga menyeru agar mana -mana pihak yang terkesan akibat pandemik Covid-19 menghubungi Pertubuhan Kasih Neelofa bagi mendapatkan bantuan.

“Insya-Allah, kita akan cuba sebaik mungkin untuk membantu sebanyak mana hospital yang boleh.

“Saya juga ingin membantu mereka yang terjejas akibat pandemik. Jika ingin dapatkan bantuan, anda dialu-alukan untuk menghubungi pertubuhan saya menerusi media sosial rasmi atau melalui media sosial milik saya,” katanya lagi. 

Semalam, Kosmo! Online melaporkan seorang doktor pakar perubatan di bahagian kecemasan Hospital Melaka turut berkongsi beberapa keping foto memaparkan kelengkapan katil sumbangan Neelofa menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Difahamkan, kesemua katil yang diberikan Neelofa digunakan serta-merta di bahagian zon kuning di hospital berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI