fbpx

Guna duit simpanan tampung hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Flat Sri Bayu, Bayan Lepas, beratur mengambil sayur-sayuran yang diberi secara percuma semalam.

BALIK PULAU – Sebahagian penduduk di perumahan Flat Sri Bayu, Bayan Lepas di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikatakan mula menggunakan duit tabung untuk perbelanjaan ha­rian mereka.

Flat Sri Bayu merupakan perumahan jenis kos rendah yang menempatkan sebanyak 730 buah unit kediaman.

Difahamkan, penduduk yang terjejas pendapatan itu dikatakan daripada golongan B40 yang bekerja sebagai peniaga kecil, buruh dan nelayan pantai.

Berikutan perlaksanaan PKPD bermula 4 Jun lalu hingga 17 Jun ini, penduduk terbabit terutama yang bekerja sendiri terpaksa bergantung harap dengan bantuan yang disalurkan pihak berkaitan.

Bukan setakat itu, mereka kini dikatakan terpaksa mengeluarkan wang simpanan bagi menampung perbelanjaan ­harian termasuk membeli barangan keperluan keluarga.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 45, berkata, setakat ini dia terpaksa bergantung harap dengan wang simpanan daripada hasil perniagaan makanan secara kecil-kecilan.

“Duit yang ada hanya cukup untuk digunakan dalam tempoh PKPD. Saya bimbang jika dilanjutkan lagi, saya masih tidak dapat berniaga dan mencari pendapatan untuk kami anak-beranak.

“Saya kini hanya mengha­rapkan bantuan keperluan makanan yang disumbangkan bagi membantu meringankan beban selain dapat menjimatkan wang,” ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sementara itu, badan pengurusan bersama flat berkenaan, Mat Pozian Rashid memberitahu, pihaknya memahami situasi yang menghimpit penduduk terutama yang berpendapatan rendah termasuk yang bekerja sendiri.

“Kami sedia menghulurkan bantuan termasuk perkhidmatan membeli bara­ngan keperluan harian bagi mereka yang memerlukan terutama penduduk yang disahkan positif Covid-19 dan terpaksa dikuarantin. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI