fbpx

Keyakinan Harimau Malaya memuncak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Harimau Malaya giat menjalani latihan menjelang aksi menentang Vietnam tengah malam ini. – NASIRRUDDIN YAZID/FAM

SKUAD Harimau Malaya meluahkan nada keyakinan mampu merekodkan kemenangan menjelang aksi bertemu Vietnam pada saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Stadium Al Maktoum, Dubai tengah malam ini.

Sebagai rekod, hanya tiga mata penuh yang boleh mencerahkan peluang skuad negara dalam misi layak ke fasa seterusnya pusi­ngan kelayakan Piala Dunia 2022 sekali gus meraih tiket automatik ke pentas Piala Asia 2022.

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui optimis skuadnya mampu melakar keputusan positif meskipun sedar dengan kualiti yang dimiliki oleh pasukan lawan.

“Sebelum mengharungi mana-mana perlawanan, sudah pasti pasukan perlu ada keyakinan yang tinggi selain fokus dengan kualiti serta kekuatan sendiri berbanding memikirkan mengenai skuad lawan.

“Namun, di atas kertas kita akui Vietnam memiliki kelebihan memandangkan rekod kebal mereka khususnya di benteng pertahanan yang hanya dibolosi satu gol dalam enam perlawanan peringkat kumpulan.

“Cuma, saya percaya ini adalah peluang terbaik buat negara mencipta sejarah memandangkan pasukan juga belum pernah menang ke atas pasukan Vietnam di bawah kendalian Park Hang-seo,” katanya pada sidang akhbar virtual semalam.

Mengulas mengenai taktikal, Cheng Hoe mengakui masih belum membuat sebarang keputusan tetapi kemungkinan besar tiga pemain utama di jentera serangan, Guilherme De Paula, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh akan kekal menjadi sandaran.

“Kita tahu De Paula banyak menerima kritikan sebelum ini tetapi pasukan masih yakin de­ngan kualiti yang ada padanya selain berharap dia boleh membuat sesuatu jika diturunkan nanti.

“Situasi yang sama dengan Sumareh serta Safawi meskipun ada yang mengatakan mereka berdua tidak sesuai untuk dile­takkan bersama dalam kesebelasan utama, saya percaya kedua-duanya ada kelebihan.

“Namun, barisan jurulatih masih belum membuat sebarang keputusan mengenai pemain mana yang akan diturunkan tetapi­ saya percaya mereka sudah bersedia dari aspek mental dan fizikal untuk bekerja dalam satu pasukan,” katanya.

Sekiranya Malaysia gagal meraih kemenangan ke atas skuad Naga Emas, kemungkinan per­temuan menentang Thailand pada aksi terakhir Kumpulan G boleh dianggap sebagai ‘pelengkap jadual’.

Skuad Harimau Malaya ketika ini menduduki tangga keempat kumpulan dengan sembilan mata, manakala Vietnam gah mendahului carta pendahulu dengan 14 mata selepas mengharungi enam perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI