fbpx

Sepanyol ambil langkah kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENRIQUE (tengah) terpaksa mengambil langkah memanggil 17 pemain baharu menyertai skuad Sepanyol ekoran ancaman Covid-19 yang menjangkiti pemain utamanya. – AFP

MADRID – Sepanyol dilaporkan memanggil 17 pemain tambahan termasuk penyerang AC Milan, Brahim Diaz dan bintang muda AS Roma, Gonzalo Villar bagi menghadapi Euro 2020 yang akan membuka tirainya secara rasmi awal pagi esok.

Ia susulan daripada ‘sera­ngan’ Covid-19 dalam kem skuad La Roja yang kini dalam keadaan panik selepas dua pemain utama disahkan positif iaitu kapten, Sergio Busquets dan tonggak pertahanan Leeds United, Diego Llorente.

Situasi itu mampu menjadi lebih buruk apabila dikatakan kemungkinan besar lebih ramai pemain akan mengalami keputusan sama selepas muncul kontak rapat kepada Busquets dan ­Llorente.

Ketua jurulatih Sepanyol, Luis Enrique mengambil langkah kecemasan dengan memanggil enam pemain baharu antaranya Rodrigo Moreno (Leeds United), Pablo Fornals (West Ham Uni­ted), Carlos Soler (Valencia) dan Raul Albiol (Villarreal).

Enrique, 51, turut memanggil 11 pemain daripada skuad bawah 21 tahun Sepanyol yang terpaksa menggantikan pasukan senior menghadapi aksi persahabatan bertemu Lithuania menyaksikan mereka menang 4-0 kelmarin.

11 pemain itu ialah Diaz, Villar, Alvaro Fernandez (Huesca), Oscar Mingueza (Barcelona), Marc Cucurella (Getafe), Bryan Gil (Siviglia), Juan Miranda (Betis), Alex Pozo (Eibar), Martin Zubimendi (Real Sociedad), Yeremy Pino (Villareal) dan Javi Puado (Espanyol).

Menteri Kesihatan Sepanyol juga dikatakan sedang berusaha memberikan suntikan vaksin kepada pemain-pemain dalam skuad utama bagi memastikan mereka boleh mengambil bahagian pada Euro 2020.

Sebagai rekod, bekas juara Eropah 2008 dan 2012 itu akan memulakan kempen mereka dalam saingan Kumpulan E menentang Sweden di Estadio de la Cartuja, Seville pada 15 Jun ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI